Cenderahati Korporat
Corporate Gift Malaysia
Kami merupakan kedai pembekal cenderahati korporat yang menawarkan pelbagai pilihan barangan cenderamata yang eksklusif sesuai djadikan gift kenangan dan penghargaan.
Bagi pemilik syarikat korporat pemberian cenderahati ini merupakan salah satu bentuk penghargaan & tanda terima kasih. Pemberian cenderahati korporat ini juga merupakan strategi pemasaran yang penting untuk mewujudkan kesedaran jenama sesebuah syarikat.
Tidak terhad kepada syarikat korporat saja, pemberian cenderamata korporat juga sesuai untuk individu, jabatan kerajaan atau pemilik bisnes. Setiap cenderahati yang ditempah boleh dicetak logo dan perkataan.
Pelbagai Pilihan Barangan Cenderahati Korporat
Anda boleh dapatkan bermacam jenis barangan cenderahati seperti mug, pen, payung, lanyard, beg, topi, non woven bag dan banyak lagi. Lokasi pejabat kami di Bandar Puteri Bangi, Kajang.
Anda boleh buat tempahan secara walk in ke kedai kami atau tempahan dalam talian. Pelanggan kami terdiri dari kalangan pelajar-pelajar IPT, jabatan-jabatan kerajaan dan bukan kerajaan, NGO, IPTA/IPTS, syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan.
Katalog Cenderahati Korporat
Berikut merupakan katalog cenderamata yang sesuai dijadikan hadiah oleh syarikat korporat. Boleh klik barangan yang anda berminat untuk melihat katalog penuh.
FAQ : Cenderahati Korporat
Soalan Lazim Pengguna Dan Jawapan
Apakah Maksud Cenderahati Korporat?
Cenderahati korporat bermaksud barangan cenderamata yang diberikan oleh syarikat korporat, agensi kerajaan dan pertubuhan kepada pekerja dan pelanggan untuk menyatakan penghargaan bagi pihak syarikat, dan juga bertindak sebagai kenang-kenangan dan sikap muhibah.
Boleh Bagi Idea Cenderahati Korporat Yang Sesuai Diberikan Tak?
Ada beberapa barangan yang sesuai dijadikan cenderahati. Syarikat anda boleh berikan pen, mug, notebook, kalender dan lain-lain. Powerbank pun sesuai dijadikan cenderamata
Mengapa Ya Perlu Memberikan Cenderahati Korporat?
Cenderahati korporat merupakan cara terbaik untuk menghargai pelanggan atau pekerja dengan cara pemberian cenderamata. Selain itu ia merupakan pelaburan dan strategi pemasaran yang penting untuk mewujudkan kesedaran jenama sesebuah syarikat.
Cenderahati Korporat Ni Boleh Print Logo Syarikat Tak?
Ya, sudah tentu, setiap tempahan cenderahati korporat yang anda tempah boleh di cetak logo
Bagaimana Cara Untuk Membuat Tempahan Cenderahati Korporat?
Anda boleh pilih barangan cenderahati korporat yang terdapat pada katalog. Berikan kod produk beserta kuantiti untuk kami berikan harga dan semak stok barangan.
Tempahan & Pertanyaan
Untuk tempahan boleh berikan kami kod produk barangan cenderahati beserta kuantiti tempahan. Hubungi kami melalui Whastapp. Lokasi kami di Bandar Puteri Bangi, Kajang, Selangor, Malaysia
Whatsapp Email 017-730 8774iStudio Print, No 10-1, Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor