Domain Dan Hosting

Setiap Laman Web yang ingin dibina mestilah mempunyai domain dan hosting. Domain dapat di ibaratkan seperti alamat rumah yang menuju ke rumah tersebut  dan hosting pula seperti rumah yang mempunyai simpanan barang didalamnya.

Apa Itu Domain

Secara ringkasnya Nama Domain merupakan alamat laman web. Nama domain digunakan untuk mewakili alamat IP (internet protocol ) tertentu supaya mudah diingat dan  melambangkan identiti kepada pemiliknya.

Sebagai contoh alamat ip (internet protocol ) adresss google adalah http://74.125.135.99/.

ip
Domain memiliki beberapa level, iaitu
1. Global Top Level Domain – mempunyai sambungan dibelakang nama domain seperti
.com
.net
.org
.info
.biz

2. Country Code Top Level Domain – adalah sambungan dibelakang nama domain yang melambangkan identiti sesebuah negara. Sebagai contoh CC Top Lebel Domain Malaysia
.my
.com.my
.net.my
.org.my
.gov.my
.edu.my

Apa itu Hosting

Hosting adalah ruang hardisk untuk penyimpanan fail-fail laman web seperti gambar, video dan sebagainya. Semakin besar sesebuah laman web , maka ruang hardisk yang diperlukan juga semakin besar.

Apa itu Bandwidth

Bandwitdh adalah kapasiti lalu-lintas yang diperbolehlan melalui sesuatu laman web untuk ditransfer keluar dari kuota space hosting anda. Semakin ramai pelawat laman web anda maka semakin besar bandwitdh diperlukan.